Thursday, February 4, 2010

Menanti Harapan Membina Masa Depan


Oleh : Azni Hushien
Long Sobing – Gambar yang anda lihat adalah wajah kanak-kanak istimewa yang bernama Roland. Gambar ini difotokan pada sekitar November 2009. Beliau mengalami sakit kuning yang teruk ketika bayi. Kegagalan mendapatkan rawatan awal telah mengakibat adik Roland mengalami kegagalan saraf. Kini beliau berusia 9 tahun. Tidak seperti kebanyakkan kanak-kanak istimewa di semenanjung yang lain, beliau tidak menerima sebarang pendidikan khusus. Ini kerana beliau tinggal jauh di pedalaman Sarawak.
Kedudukan kampungnya serta persekitaran kehidupannya tidak memungkinkan untuk beliau menerima semua kemudahan itu. Untuk sampai ke kampung Roland, sekiranya dari Bandar Bintulu, seseorang itu harus menaiki kenderaan pacuan 4 roda untuk melalui jalan balak sejauh 4 jam perjalanan. Tidak terhenti di situ, perjalanan perlu disambung dengan menggunakan bot panjang. Sekiranya menongkah arus, perjalanan boleh mengambil masa hampir 1 jam. Kampung ini tidak mempunyai kemudahan asas seperti elektrik dan air bersih. Mereka mendapat sumber air dari sungai berdekatan yang kian keruh akibat tercemar daripada proses pembalakan berhampiran.
Menurut ibu Roland, untuk sampai ke klinik kesihatan berhampiran mereka terpaksa menggunakan bot panjang dan menggunakan 5 gelen minyak petrol. Satu gelen minyak berharga diantara RM 16.00 – RM 18.00. Jumlah keselurannya anda kiralah sendiri. Menurut ibunya lagi,pernah satu masa dia pernah membawa Roland untuk berurut di Bandar Miri dan hasilnya amat memberangsangkan. Roland boleh mengisut dengan sendirinya. Walaubagaimanapun rawatan itu terhenti di situ kerana kos perjalanan dan perubatan sangat mahal. Kos perjalanan untuk ke Miri sahaja mencecah RM100.00. Itupun menurut beliau penginapan ditanggung oleh saudara mereka. (Menumpang di rumah saudara). Lebih menyedihkan, Roland bukanlah anak pertama yang menerima nasib malang di dalam keluarga ini. Kakak Roland telah meninggal dunia pada usia 7 tahun kerana gagal mendapat rawatan awal akibat keracunan makanan.
Kini, pandang lah pada diri kita, pada tatkala kita membaca artikel ini, kita mungkin sedang diselimuti oleh udara nyaman yang keluar dari alat penyaman udara, atau kita baru sahaja selesai menikmati hidangan KFC yang masih tersisa dipinggan akibat kekenyangan. Tetapi kita tidak tahu apakah yang sedang di lalui oleh adik Roland. Mungkin dalam hati kita berbisik… “KESIAN… tetapi apa yang boleh kita buat” atau mungkin ada antara kita yang mula mengutuk kepimpinan kerajaan kerana gagal memberikan kehidupan sempurna kepada Roland dan penduduk kampungnya.
Namun sedarkah anda, disebalik kesengsaraan ini, terdapat sebuah syarikat telah datang menghulurkan bantuan. Setiap keluarga telah diberikan biji benih pokok Jatropha untuk penanaman seluas sepuluh ekar secara percuma untuk mereka tanam dan jadikan sumber ekonomi mereka. Hari ini walaupun tidaklah sebesar mana pendapatan mereka. Sekurang-kurangnya mereka mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Walaubagaimanapun memadaikah dengan Pendapatan RM300.00 – RM 600.00 Sebulan untuk mereka membangunkan kampung mereka.
Oleh Itu, BIONAS tanpa mengharapkan bantuan kerajaan telah merangka satu program Agropolitan iaitu membangunkan tanah-tanah milik mereka dengan projek penanaman Jatrpoha. BIONAS telah menerima banyak permohonan daripada orang Ulu yang meminta untuk dibangunkan tanah-tanah mereka. Hari ini Jumlah keluasan tanah yang telah diberi kuasa kepada BIONAS telah mencecah 3.3 juta ekar. Demi mencapai aspirasi golongan miskin tegar ini, BIONAS telah mengambil pendekatan yang halus dan berhati-hati agar projek usahasama ini mendapat kejayaan dan diberkati Allah. Maka dengan itu lahirlah program yang dipanggil BIONAS MURABAHAH. Melalui program ini semua orang boleh melibatkan diri mereka dalam aktiviti pembangunan ekonomi orang kampung ini. Melalui program ini, orang kampung akan menerima penambahbaikan di dalam kemudahan prasarana dan peningkatan taraf sosio ekonomi mereka.
Oleh itu kepada pembaca-pembaca yang berhati mulia diluar sana, lapangkan diri anda untuk menyertai program ini. Ini kerana anda tidak hanya akan mendapat keuntungan di dunia tetapi keuntungan berterusan hingga ke akhirat. Insya-Allah.
Maklumat lanjut mengenai program ini boleh di dapati di www.bionasmalaysia.com atau hubungi saya di talian 012-9144 138 / 019 271 0244

No comments:

Post a Comment