Monday, February 22, 2010

JALAN RAYA PENGHUBUNG MASA DEPAN


Oleh: Azni Hushien


Hari ini kita diberitahu bahawa kerajaan pusat memperuntukkan sebanyak RM 3.4 bil untuk pembangunan rakyat Sarawak. Bukanlah satu peruntukkan yang kecil. RM 3.4 bill bersamaan dengan Tiga Ribu Empat ratus juta. Peruntukkan ini setelah hampir 41 tahun Sarawak merdeka bersama Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang paling besar jajahannya di dalam peta Malaysia, Justeru tidak mustahil untuk negeri tersebut menerima peruntukkan yang begitu banyak untuk pembangunan negeri mereka. Walaubagaimanapun, harus kita ingat bahawa Sarawak juga merupakan juga negeri terkaya di Malaysia. Sumber Aslinya begitu banyak. Dari Minyak hingga ke Balak menjadikannya satu-satunya negeri yang tidak berhutang dengan kerajaan Persekutuan. Akhbar berita harian bertarikh 21 Feb 2010 juga turut menyatakan bahawa kerajaan ingin menunaikan semua janji kepada rakyat Sarawak. Adakah ini semua disebabkan pilihanraya negeri yang dijangka tiba bila-bila masa sahaja. Itu saya tidak tahu. Hanya sekadar meneka sahaja namun demikian saya pasti kerajaan ikhlas di situ.


Penjelajahan saya ke Sarawak, khususnya ke rumah-rumah panjang di pendalaman Sarawak menyaksikan satu pemandangan yang berbeza dari kehidupan kita di Semenanjung.Orang miskin semenanjung tidak sehebat mereka yang telah merdeka hampir 41 tahun itu. Mereka tertinggal dari kemudahan prasarana yang sangat jauh terkebelakang. Tiada kemudahan air paip, elektrik, siaran tv dan radio jauh sekali. Kadangkala untuk ke klinik kesihatan pun kena belanja RM 100.00.


Gambar yang tersiar di atas diambil ketika perjalanan saya ke Long Lepukan, Lawas, Sarawak. Jalan raya itu satu-satunya jalan penghubung penduduk kampung ke pekan terdekat. Untuk menjengah ke bandar Lawas mereka terpaksa menumpang kenderaan pacuan 4 roda dengan jumlah tambang yang sangat mahal. Perjalanan jalan bedebu itu memakan masa lebih 4 jam untuk ke pekan Lawas. Sekiranya hari hujan, lebih menyeksakan dan sangat merbahaya. Mereka tiada sumber ekonomi yang tetap tetapi terpaksa belanja lebih untuk kehidupan mendatang. Mungkin disebabkan itulah juga kemudahan prasarana tidak berapa diendahkan kerana tiada sumber ekonomi yang perlu diperdagangkankan.


Sekiranya terdapat aktiviti pembalakan masih berjalan maka kondisi jalan yang digunakan sedikit sempurna, tetapi sekiranya tiada, pandai mereka sendirilah. Menyedihkan.Oleh itu kami telah membawa satu program ekonomi baru melalui penanaman pokok jarak yang boleh menghasilkan biofuel untuk kegunaan seluruh dunia. Mudah-mudahan, apabila projek ini berjaya sepenuhnya akan membuka ruang untuk pembangunan projek agropolitan yang akan memberikan penambah baikkan kemudahan prasarana di kawasan-kawasan ulu Sarawak.


Anda diluar sana yang teruja untuk bersama saya untuk program pembangunan ini hantarkan kemusykilan anda kepada saya di nughoi29@yahoo.com.my.
nota: gambar ini diambil ketika trip ke Long Lepukan pada Oktober 2009

No comments:

Post a Comment